Ya. Ihsan dan bantuan daripada anda sangat diperlukanbagi membina 1 bangunan sekolah yang lebih selamat dan selesa buat semua pelajar di SRITI Al-Furqan, Tanah Merah, Kelantan.


Anak-anak di SRITI Al-Furqan ini sebenarnya sebaya anak-anak kita yang bersekolah rendah. Boleh jadi sebaya cucu kita yang kita sangat sayangi. 




Bayangkan, setiap hari anak-anak ini hadir ke sekolah, mereka terpaksa dipisahkan dengan 3 blok berbeza dengan pintu yang berbeza. Pergerakan mereka sangat terhad. Terpaksa turun naik untuk bergerak dari 1 blok ke blok yang lain jika ada aktiviti bersama semua pelajar.



Ruang makan, ruang solat serta ruang berhimpun terpaksa dibuat pada ruang yang sama. Sukar bagi mereka laksanakan aktiviti luar bilik darjah sehingga menimbulkan ketidakselesaan dalam kalangan anak pelajar kerana ruang yang sangat terhad & kecil. 


Lebih-lebih lagi, lepas makan tengah hari, terus nak solat Zohor. Memang agak terhad pergerakan anak-anak pelajar kerana berada pada ruang yang sama.


Yang lagi membimbangkan kami sebenarnya adalah keselamatan anak-anak ini. Dengan keadaan sekolah tanpa pagar (terpaksa menyewa deretan bangunan kedai setakat ini), sangatlah bahaya untuk keadaan harian mereka.

Namun, atas sebab hasrat murni mereka untuk terus belajar ilmu agama, mereka tekad untuk belajar di SRITI Al-Furqan ini walaupun keadaan masih belum sempurna.





Walaupun ada beberapa pilihan sekolah lain yang lebih sempurna di sekitar SRITI Al-Furqan, ramai ibu bapa tetap memilih SRITI Al-Furqan sebagai sekolah buat anak mereka adalah kerana:

   1  Silibus yang menyeluruh - merangkumi pengajian arus perdana (KSSR) serta aliran agama (KAFA). Sangat memudahkan ibu bapa. Semua 1 tempat sahaja.

   2  Pelajardididik secara menyeluruh termasuk adab, akhlak, ilmu. Ini ibu bapa sangat suka bila anak mereka makin baik akhlaknya bila hadir dan belajar di sini.

   3 Waktu pengajian dari pagi sampai ke petang membantu ibu bapa fokus kepada kerjaya di siang hari tanpa perlu jemput anak terlalu awal. Anak-anak pun gembira bila siap boleh belajar Al-Quran setiap hari sebelum pulang.




Sebab itu, walaupun keadaan masih belum sempurna, pihak pengurusan SRITI Al-Furqan, Tanah Merah, Kelantan tetap mulakan langkah pertama bagi memberikan pendidikan peringkat rendah yang menyeluruh kepada semua anak-anak ini.


Tanpa langkah pertama, belum tentu kita capai tahap yang lebih sempurna kan?



Inilah keperluan kami di SRITI Al-Furqan sekarang. 


Dengan bilangan pelajar yang semakin meningkat, permintaan ibu bapa pula semakin hari semakin tinggi, kami terpaksa merangka satu jalan keluar yang terbaik. Terbaik demi pendidikan anak-anak ini.


Ya. Dengan membina 1 bangunan sekolah yang lebih besar dan selesa. Bangunan sekolah yang bakal merangkumi bangunan kelas, makmal, perpustakaan, dewan perhimpunan serta pejabat bahkan ruang solat yang lebih selesa. Yang paling penting, bangunan sekolah yang selamat dan berpagar.


Agar lebih ramai anak-anak pelajar berpeluang belajar di persekitaran terbaik dengan kurikulum menyeluruh di SRITI Al-Furqan, Tanah Merah, Kelantan.


[Gambar Model Bangunan Sekolah Yang Bakal Dibina]






kami sedang usaha membayar 1 lagi lot tanah yang berhampiran lot tanah yang sedia ada bagi pembinaan sriti al-furqan tanah merah yang berharga rm85,000 



Namun, harapan murni pembinaan sekolah ini masih tidak dapat dimulakan kerana wang deposit kepada kontraktor masih tidak mencukupi. 


Memang sangat mencabar dengan ekonomi sekarang. Kos & barang binaan semua mahal. Namun, kami sedar, hasrat murni ini mesti tetap diteruskan & diperjuangkan walau apa keadaan sekalipun demi keselesaan serta keselamatan anak-anak di SRITI Al-Furqan.


Harapan kami, agar mereka boleh terus belajar dengan baik bagi melahirkan insan yang berjaya bukan sekadar akademik dan agama bahkan mempunyai akhlak yang terbaik.




Bantulah mereka. Kasihanilah mereka.

Semoga asbab sumbangan dan wakaf yang anda berikan, Allah Taala melapangkan segala urusan kehidupan anda sekeluarga di dunia mahupun di akhirat nanti.

___________


Info Ringkas


Bagi wakaf online mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.

Nilai wakaf anda adalah termasuk RM1.00 caj payment gateway Toyyibpay (online banking) atau 3% + RM1 caj payment gateway Stripe (bagi pembayaran menggunakan kad debit atau kredit).

Nama pada akaun bank adalah menggunakan nama "DANA PEMBANGUNAN SRITI TAHFIZ AL FURQAN".  


__________


Wakaf

Nak Wakaf Terus Melalui Borang Secara Online?

Dengan 5 Langkah Mudah Sahaja

Pilih pakej wakaf anda pada borang di bawah.

Masukkan nama, emel dan no. telefon anda.

Pilih Pembayaran Secara Online atau Kad Kredit / Debit untuk wakaf secara online.

Klik butang "Teruskan ke Pembayaran".
Pilih online banking anda (Maybank2u, Cimbclicks, etc) atau masukkan info kad debit  / kredit anda untuk selesaikan proses wakaf.

__________

Nak Wakaf Terus ke Akaun Bank Pun Boleh

Boleh terus transfer ke akaun di bawah




Bank Muamalat: 0306 0000 20 3717
DANA PEMBANGUNAN SRITI TAHFIZ AL FURQAN

Sila masukkan perkataan " wakaf " pada bahagian reference bagi memudahkan proses agihan wakaf.


Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
+6017-918 1756

Ust Norruzaimi bin Rusman
Pengerusi SRITI Al Furqan, Tanah Merah

.




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Wakaf Ramadan - RM10
Wakaf Ramadan - RM50
Wakaf Ramadan - RM100
Wakaf Ramadan - RM500
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN